Alpha Kaizen Network

 

PROFIL PEROSAK :

 

Tikus


Tikus mengancam kesihatan dan harta. Tikus tidak memilih makanan dan tabiatnya yang kuat makan dan mengigit menjadikan tikus sebagai salah satu makhluk perosak yang amat digeruni. Tikus boleh membiak dengan cepat dan banyak. Saiz populasi tikus  disesuatu kawasan bergantung kepada sumber makanan yang boleh diperolehi di kawasan sekelilingnya. Sampah, sisa makanan, dan makanan haiwan ternakan menjadi sumber makanan utama tikus. Tikus hanya keluar pada waktu malam atau di kawasan yang gelap untuk mengelakkan pemangsanya.

 

Ancaman Tikus :

Tikus adalah pembawa penyakit merbahaya dan boleh menyebabkan keracunan makanan. Tikus boleh menyebabkan kebakaran dan kebocoran pada bangunan atau rumah kerana tabiatnya yang suka mengigit wayar eletrik atau paip air yang di perbuat dari plastik. Kehadiran tikus dalam sesuatu premis boleh menyebabkan kerosakan dan kerugian sekiranya tiada langkah-langkah segera dilakukan untuk menghapuskannya.