Alpha Kaizen Network

Perkhidmatan di kawasan Kediaman

 

Mempunyai kediaman yang cantik dan selamat adalah sangat     penting, di sebabkan itulah kami memberikan satu     perkhidmatan yang komprehensif baik dari segi kawalan dan     pencegahan untuk semua jenis makhluk atau serangga perosak     di kediaman anda.

 

Kami juga akan merangka satu pelan rawatan dan kawalan     yang mudah di aplikasikan mengikut keperluan. Pekerja kami     sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan segera     dengan hanya satu panggilan telefon. 

 

Antara Pelan Rawatan yang di syorkan:

 

Pelan Rawatan Kediaman setiap 3 bulan

 

Makhluk dan Serangga Perosak boleh membahayakan penghuni kediaman. Oleh itu, pencegahan yang terbaik adalah dengan mengunakan Pelan Rawatan Kediaman setiap 3 bulan yang kami syorkan. Kami akan mengenalpasti jenis perosak di kawasan kediaman anda dan mengesyorkan cara terbaik mencegahnya. Tiga langkah yang digunakan untuk pelan ini:

 

1. Penilaian / Pemeriksaan - Perlindungan dan pencegahan dimulakan dengan membuat penilaian atau pemeriksaan keatas kediaman anda. Kami akan merangka dan membuat cadangan untuk kawalan, rawatan, pencegahan dan pembasmian. Kos Pelan tersebut juga akan di nyatakan disini.

 

2. Perkhidmatan - Sekiranya anda menerima cadangan kami. Kami akan mengatur untuk rawatan pertama mengikut waktu atau masa yang bersesuaian dengan jadual anda.

 

3. Perlindungan Berterusan - Kami akan mengulangi rawatan seterusnya setiap 3 bulan sekali bagi memastikan kediaman anda sentiasa dilindungi dari makhluk dan serangga perosak. Sekiranya timbul masalah berkaitan dengan perosak tersebut pada bila-bila masa, kami akan memberikan perkhidmatan yang sama tanpa sebarang kos tambahan.

 

Hubungi Kami SEKARANG!!!