Alpha Kaizen Network


Kami adalah sebuah syarikat di Malaysia yang memberikan Perkhidmatan Kawalan dan Pencegahan Makhluk dan Serangga Perosak. Kami memberikan perlindungan kepada kediaman atau perniagaan dengan cara yang selamat dan efektif dari sebarang makhluk dan serangga perosak. Perkhidmatan kami merangkumi kesemua kawasan kediaman dan komersil. Peralatan dan produk terkini yang 'mesra alam' menjadikan syarikat kami sebagai pilihan bagi menyelesaikan masalah makhluk dan serangga perosak.

 

Mesra & Profesional
Kawalan makhluk dan serangga perosak

Misi utama kami adalah untuk mengaplikasikan cara yang betul bagi mencegah makhluk dan serangga perosak dari mengakibatkan kerosakan dan penyakit. Objektif tersebut haruslah di laksanakan dengan kos yang rendah, selamat dan tidak mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Oleh kerana itu, kami menawarkan perkhidmatan dan penggunaan produk yang selamat untuk melindungi pelanggan kami dari kerosakan dan penyakit berpunca dari makhluk dan serangga perosak.

Makhluk dan serangga perosak boleh memberikan masalah yang memeningkan. Sekiranya tiada langkah kawalan dan pencegahan dilakukan, ianya boleh mendatangkan kesan yang buruk. Oleh itu, kami memberikan beberapa pilihan dan cadangan untuk pelanggan kami dalam usaha pengawalan dan pencegahan ini. Di dalam cadangan tersebut, segala aspek keselamatan dan penggunaan racun yang bersesuaian di ambil kira.

Bagi memastikan perkhidmatan terbaik diberikan kepada pelanggan, kami  sentiasa berusaha memperbaiki cara kerja kami dengan menambah pengetahuan dan efisiensi yang berterusan untuk kepuasan pelanggan.


 

 

Profil Perosak

Profil Perosak Kami:

 

Antara Perkhidmatan kami: