Alpha Kaizen Network

 

PROFIL PEROSAK :

 

  Lalat


Tabiat pemakanan lalat atau nama saintifiknya Musca domestica ialah dengan mengeluarkan air liur pada makanan bagi mencernakan makanan lalu menyedut kembali setelah pencernaan berlaku. Lalat adalah antara serangga yang boleh membiak dengan banyak dan cepat.

 

Ancaman Lalat:
Lalat ialah antara serangga perosak yang merbahaya dari segi pembawaan penyakit. Dipercayai lalat membawa lebih daripada 100 jenis patogen diantaranya: kolera, typoid, salmonella, bacillary dysentery, radang paru-paru, anthrax, ophthalmic, cacing parasit, staphylococcus, E. coli dan shigella. Bagi mereka yang menjalankan perniagaan makanan, kehadiran lalat adalah merbahaya ini kerana lalat menyebabkan keracunan makanan kepada pelanggan.