Alpha Kaizen Network

 

PROFIL PEROSAK :

 

Pinjal / Kutu


Pinjal / Kutu adalah sejenis parasit penghisap darah. Pinjal / Kutu betina mampu menghisap darah 12-15 kali dari saiz badan mereka. Kehilangan darah boleh menjejaskan pembesaran sesuatu binatang terutamanya binatang peliharaan seperti kuching atau anjing.

 

Ancaman Pinjal / Kutu:

Air liur pinjal / kutu ini boleh menyebabkan alahan kepada manusia dan binatang peliharaan. Pinjal / Kutu juga bertindak sebagai pembawa cacing pita yang boleh menjakiti binatang peliharaan seperti kuching dan anjing malahan juga kepada kanak-kanak. Gigitan berterusan pinjal / kutu ini juga boleh menyebabkan anaemia. Kini ada terdapat bukti mengaitkan pinjal / kutu dengan wabak bubonik.