Alpha Kaizen Network

 

PROFIL PEROSAK:

 

  Lipas


Lipas adalah satu-satunya serangga yang paling tegar dan boleh didapati di serata dunia. Ianya berkemampuan untuk hidup berbulan lamanya tanpa makanan dan ada di antaranya yang boleh hidup tanpa udara lebih dari 45 minit. Lipas meninggalkan sejenis bahan kimia di najis mereka dan mengeluarkan sejenis bauan 'feromon' untuk berkumpul dan mengawan. Bau tersebut juga boleh mendorongnya mencari punca makanan dan mengesan lipas-lipas lain.

 

Ancaman Lipas:

Ancaman lipas berkaitan, pertamanya, lipas membawa sejenis patogen yang boleh membawa penyakit yang serius kepada manusia. Lipas juga boleh alahan yang teruk kepada manusia serta  merebakkan penyakit salmonella (sejenis bakteria) dan gastroenteritis. Keduanya, dengan kehadiran lipas di premis perniagaan anda akan menyebabkan anggapan yang negatif dari segi kebersihan premis tersebut dan ini akan menyebabkan anda kehilangan pelanggan.