Alpha Kaizen Network

 

PROFIL PEROSAK:

 

    Burung


Burung sememangnya dikaitkan sebagai rakan manusia dan juga binatang peliharaan, tetapi jika sekolompok haiwan ini mula menjadikan sesebuah rumah atau bangunan sebagai tempat penginapan mereka, burung akan menjadi masalah kerana ianya boleh menyebabkan kerosakan bumbung atau bahagian lain bangunan. Pencemaran akibat najis dan bunyi bising juga boleh menganggu ketenteraman penghuni atau perniagaan. Sesetengah burung juga menjadi pembawa penyakit yang boleh membahayakan manusia

 

Ancaman Burung:

Najis burung menjijikan. Ianya memberikan impresi yang mengotorkan dan tidak menyenangkan. Bangunan atau kediaman tersebut juga akan kelihatan buruk. Najis burung juga boleh menyebabkan lebih dari 60 jenis penyakit, antaranya Encephalitis dan keracunan makanan Salmonellosis. Kadar uric yang tinggi dalam najis burung ini boleh merosakkan barang simpanan, peralatan dan serta permukaan bercat sesuatu bangunan. Ini menyebabkan pembaziran dan kerugian harta benda.