Alpha Kaizen Network

 

Profil Perosak:

 

  Pijat


Pijat adalah sejenis parasit yang sangat kecil, keperangan, berbadan nipis dan hidup hanya dengan menghisap darah manusia atau haiwan. Selalunya ianya aktif pada waktu malam dan bersembunyi di tempat tidur haiwan atau manusia. Badannya yang kecil dan halus membolehkannya bersembunyi di dalam bantal, selimut atau katil. Pijat adalah sejenis serangga yang dikaitkan dengan kekotoran. Pijat membiak dengan cepat di rumah yang tidak dijaga kebersihannya. Ianya tertarik kepada penghembusan nafas keluar yang mengandungi karbon dioxide dan suhu badan.

 

Ancaman Pijat:

Pijat membahayakan manusia kerana ianya hidup dengan menghisap darah manusia, ianya juga menyebabkan kesan luka dan gatal-gatal yang teruk. Pijat juga menyebabkan tidur anda tidak selesa dan ini boleh memberi kesan jangka panjang kepada kesihatan manusia.