Alpha Kaizen Network

 

PROFIL PEROSAK :

 

 

   Semut


Semut adalah antara serangga yang mempunyai fungsi penting dalam kitaran alam sekitar. Antara fungsinya ialah sebagai pengembur tanah, pengurai bahan organik dan juga pengawal populasi kepada serangga lain. Memusnahkan semut kesemuanya tidaklah disyorkan, tetapi objektifnya adalah untuk mengawal semut tersebut dari memasuki kawasan kediaman atau yang berkepentingan komersil. Semut hidup berkoloni, semut peninjau berfungsi sebagai pencari sumber makanan (makanan atau air). Semut peninjau akan meninggalkan jejak (feromon) disepanjang perjalanan sebagai panduan baginya untuk pulang ke koloni dan juga sebagai panduan kepada semut lain sekiranya mereka terjumpa sumber makanan.

 

Ancaman Semut :

Semut dikategorikan sebagai perosak domestik. Ini kerana semut tertarik pada tumpahan makanan atau minuman yang manis dan berlemak. Ini menjadikannya sebagai salah satu perosak yang menganggu ketenteraman kediaman atau kawasan perniagaan kerana kewujudannya yang agak banyak boleh mendatangkan ketidakselesaan dan ada di antaranya seperti semut api boleh mengigit manusia serta merosakkan bahan mentah terutamanya bahan makanan.