Alpha Kaizen Network

 

Alpha Kaizen Resources
 

Alpha Kaizen Resources adalah sebuah syarikat di Malaysia yang memberikan Perkhidmatan Kawalan dan Pencegahan Makhluk dan Serangga Perosak. Kami terdiri daripada kakitangan profesional terlatih dalam memberikan perkhidmatan kawalan dan pencegahan dengan menggunakan kaedah moden dan terkini.

Dengan peralatan terkini, pengalaman dan pengetahuan yang luas,  kami berupaya memberikan kepuasan kepada pelanggan didalam perihal pengawalan dan pencegahan makhluk dan serangga perosak. Ini kerana kami sedar premis kediaman atau perniagaan pelanggan kami adalah sangat mustahak.

 

Sebagai komitmen dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, kakitangan teknikal kami diberikan latihan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa dihadapan dalam penggunaan teknik terkini. Pihak pengurusan pula, sentiasa membuat kajian dan penilaian bagi setiap teknik rawatan dan pencegahan supaya ianya konsisten dan berkualiti.

 

Samada anda pelanggan kami yang baru atau yang lama, anda boleh bergantung kepada kami untuk sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik.